Baru-baru ini Ali Kurt yang merupakan pemimpin utama Yayasan Hayrat, Turki telah berkunjung ke Malaysia atas urusan Yayasan dan juga perniagaan. Ali adalah juga Penolong Setiausaha Agung UNIW.
Yayasan Hayrat adalah sebuah yayasan yang bergiat atas dasar Dakwah yang diasaskan oleh Ustaz Badiuzzaman Said Nursi (1876 – 1960) seorang
pendakwah terkenal yang menyelamatkan aqidah umat Islam Turki dari Faham Sekularisma Kamal Ataturk (1881 – 1938). Sepanjang 84 tahun kehidupannya penuh dengan ujian berat yang dikenakan terhadapnya kerana menentang faham sekularisma yang cuba dipaksakan oleh Kamal Ataturk terhadap umat Islam Turki. Beliau dipenjarakan, dibuang daerah, diracun, diseret ke Mahkamah atas kesalahan yang direka cipta, sehingga apabila beliau meninggal dunia, jenazahnya digali dan dikuburkan di tempat yang dirahsiakan sehingga hari ini.Di sepanjang hidup beliau yang penuh tribulasi tersebut beliau tidak pernah mengeluh. Malah beliau tetap terus berdakwah bagi menyelamatkan aqidah umatnya melalui tulisan –tulisan yang kemudian dibukukan yang berjudul Risalah-i-Nur. Buku inilah yang menjadi panduan penting bagi pengikut beliau di dalam Yayasan Hayrat.
Selepas beliau meninggal dunia, urusan kepemimpinan telah diserahkan kepada Ustaz Ahmad Husrev Altinbasak yang merupakan pengikut yang paling setia. Selepas itu Yayasan Hayrat di pimpin oleh Ustaz Said Nuri sehingga sekarang.
Kunjungan Ali Kurt serta rombongannya sangat besar ertinya kepada saya kerana umat Islam Turki nampaknya sudah semakin aktif memainkan peranan menggerakkan semula ruh al-Islam di seluruh dunia.

No comments:
Post a Comment