ANEKDOT MUSAFIR 2
Saya dijemput untuk menjadi salah seorang pembicara di dalam Workshop on UN Counter Terrorism anjuran
Apabila sampai di Lapangan Terbang atau Bandara (Bandar Udara) Soekarno-Hatta, saya akan ditunggu oleh petugas Nahdatul Ulama yang akan mempamirkan nama Nahdatul Ulama di ruang menunggu. Begitulah arahan yang di terima.
Sampai di ruang menunggu, tiba –tiba saya di sapa oleh seseorang yang menyebut nama Nahdatul Ulama. Langsung saya mengenalkan diri yang saya adalah tetamu Nahdatul Ulama. Beliau tidak membawa sepanduk N.U.
Lantas saya dibawa ke tempat letak kereta dan sebuah van menunggu. Saya diminta untuk membayar 270,000 Rupiah (bersamaan RM100) untuk ke hotel. Saya protes. Kata Andi, yang menyambut saya tadi,petugas N.U. tak dapat datang kerana banjir, katanya. Dia datang membantu, tetapi kena bayar dulu, resit akan di keluarkan untuk tuntutan dengan Penganjur.
Sah! Aku dah tertipu kali ni. Begitulah perasaan yang sedang bergejolak marah. Van dah di hidupkan, bagasi dah diletak dalam but, hari dah malam. Jakarta memang hujan waktu tu.
Saya pasrah kerana tidak mahu bertengkar. Saya bayar 270,000 Rupiah. Andi tersenyum gembira.
Kemudian dia bertanyakan samada saya hendak ‘stick-pendek’. Saya bingung! ‘Stick-pendek? Apa itu, Pak?
Ya….. ma’af Pak. Banyak Dato-Dato dari
Baru saya faham maksudnya………. Saya beristighfar banyak-banyak.
Dipendekkan cerita, saya mengadukan hal saya tertipu ini kepada pihak Penganjur keesokkan harinya.
Mereka menjelaskan, petugas N.U. memang menunggu saya selama hampir 1 jam tetapi tak berjumpa. Rasanya, si Andi melihat sepanduk N.U. lantas dia berjaya memintas dengan mencari tetamu N.U. sebelum tetamu tersebut sempat bertemu dengan petugas yang sebenar. Licik sungguh si Andi tu…..
Di lain kesempatan, ketika di dalam teksi Blue Bird ke Toko Buku WaliSongo, kedai buku kegemaran saya di Jakarta, saya menanyakan pemandunya akan tambang teksi bermeter dari Bandara ke Hotel Sultan. Katanya paling lumayan 150,000 Rupiah….. Mendengar itu saya beristighfar lagi……..
Walaupun saya ini bolehlah di anggap sebagai ‘seasoned traveller’, tapi boleh kena tipu juga.
Berhati-hatilah. Di Jakarta sekarang sudah banyak teksi yang bermeter. Untuk selamat, naik saja lah teksi yang bermeter.