Pada 28 Oktober 2008 yang lalu saya dikunjungi oleh Abdulrasyeed Popo, Pengarah Islamic Centre for Information and Guidance, St.Lucia. Turut hadir didalam pertemuan tersebut ialah Mohammad Asim Alavi dari Sri Lanka dan Yusof Rahath dari Kerala, India.
Tujuan Abdulrasyeed ke Malaysia adalah untuk membuat kajian dakwah dengan menimba pengalaman melalui pertukaran fikiran dan silaturrahim dengan badan-badan dakwah di negara ini.
Tujuan Abdulrasyeed ke Malaysia adalah untuk membuat kajian dakwah dengan menimba pengalaman melalui pertukaran fikiran dan silaturrahim dengan badan-badan dakwah di negara ini.
St.Lucia adalah antara beberapa buah pulau peranginan di Laut Carribean, Amerika Latin. Pulaunya sebesar Singapura dan mempunyai penduduk seramai lebih kurang 100,000 orang. Setakat ini sudah ada seramai 300 orang yang menganut Islam dan mereka diterima baik oleh masyarakat yang umumnya beragama Katholik.
Saya menekankan peri pentingnya NGO Islam diseluruh dunia menggenali antara satu sama lain agar silaturrahim terjalin sebelum sebarang agenda dakwah dapat digerakkan. Di awal tahun 70an, World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang berpusat di Riyadh banyak memainkan peranan memberi bantuan dana untuk melakukan kerja dakwah. Tetapi selepas September 11, 2001, semua dana dari Timur Tengah dipantau dan disekat oleh Amerika Syarikat atas alasan memerangi teroris. Akibatnya, mana-mana NGO Islam yang bergantung dengan dana ini, banyak yang gulung tikar.
Saya berpendapat bahawa dana itu memang penting, tetapi kualiti pemimpin NGO harus ditingkatkan supaya pergantungan mutlak harus hanya kepada Allah setelah ikhtiar dibuat. Saya tidak mempunyai dana, tetapi punya banyak idea dan pengalaman yang boleh dikongsi untuk menggerakkan kerja dakwah. Selaku Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti, Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) yang berpusat di Istanbul, saya boleh membantu menghubungkan beliau dengan NGO lain yang boleh membantu dengan berbagai cara.
Bagi saya umat Islam akan terus lemah dan berpecah selagi ianya tidak bergerak umpama satu badan. Faham Negara-bangsa dan sempadan Negara telah menjadikan umat Islam begitu berpecah. Konsep Ummatan Wahidah dan Ukhuwwah Islamiyyah begitu asing,sedangkan inilah sebenarnya yang akan menggembalikan kekuatan umat.
AbdulRasyeed, Asif dan Yusof nampak bersetuju dengan pendapat ini.
No comments:
Post a Comment