![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhutsfTs2sAWqF8GoNVyVd1qVCCokzPCosj_bubxrs2gU1f3RA9c1lvZNDLEyeInY28zbTbfHvEvm3zulhWMydf_TR9a0JRLpRevO_b_WZkUq4UMpbYTMS9QQI0CRqi9rX_Bgmr-HarbQSO/s200/risala2.jpg)
Di dalam siri-siri usrah dan seminar pemikiran yang diadakan secara berkala, perjuangan Gerakan Dakwah dari benua lain juga dipelajari, seperti Gerakan yang dipelopori oleh Shehu Uthman Dan Fodio di Nigeria dan juga Bediuzzaman Said Nursi di Turki.
Pendedahan seumpama inilah memungkinkan saya mulai mengenali Bediuzzaman Said Nursi. Apakah istimewanya Said Nursi? Bagi saya, istimewaannya perjuangan beliau ialah kerana beliau berjuang untuk Islam dipenghujung hayat Khalifah Uthmaniyyah, sebuah Empayar Islam yang terakhir sebelum dihancurkan oleh Barat. Penderitaan umat Islam sehingga hari ini adalah akibat runtuhnya Empayar Islam terakhir ini.
Beliau lahir di sebelah timur Turki pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada tahun 1960 ketika berumur 83 tahun. Hidupnya penuh ranjau dan duri. Fasa pertama perjuangannya adalah untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyyah dari kehancuran dengan menyeru Sultan yang memerintah agar kembali menghayati Islam yang sebenarnya di samping menggarap
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4vXv92OaGEoyFI6jYMV0jIYGjfl7odEacQ_1Qn7U-AJPy4CIomTiMYMYaq2jeBrqIruqOWg4SINQt9xocLEfxqtD_akm12Q3bmZsWTch7UGlcyl7Fo9xGRp_1VUHvesET-1MMWI1CRiTq/s200/palace1.jpg)
Para pengkaji sejarah kehidupan Said Nursi membahagikan perjuangan beliau kepada dua fasa; Said Lama dan Said Baru.
Fasa Said Lama adalah fasa memperjuangkan Islam secara terbuka melalui ceramah, perdebatan, perbincangan sehingga beliau berumur 46 tahun pada tahun 1923 apabila tertubuhnya Republik Turki dan runtuhnya Khalifah Uthmaniyyah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbTrRDp-cxJyiEcOlT6lDk1YsdhXOKR0i3OJwjXrH2qNa3VU8eMajbqBFesWZHAK3pgKCE2WNQIkOvNP9H0r6jbXmkG94RcF_7LX8ad6O2eDBdeWt1TVMkCESmrJaUPf8B_-sbuCePjZdz/s200/kitab.jpg)
Fasa Said Baru adalah fasa di mana beliau terpaksa menghadapai proses mencabut bangsa Turki dari akar Islam, dan diganti dengan faham sekularisme oleh Mustafa Kemal Ataturk. Fasa ini membawa beliau turun naik mahkamah, keluar masuk penjara, dibuang daerah, diracun, dihina dan diperlakukan sebagai musuh negara. Dosanya hanyalah kerana mempertahankan agama Islam yang ingin dibuang oleh Ataturk.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd03wQF0N51lRF7az3AG1mD6NeWYmUd7HCgj5GZ3u9eFA-vsn-PlDc-tLFFm68-MwMVyiLj8Ps3wKi1DbuYavevdHxdzH5gziwz0rW4h-z_q-TI9cnuXWrVn_2BUOD33S-LDQdF7XhBZi_/s200/pokok+barla+copy.jpg)
Perjuangan Said Nursi cukup istimewa kepada saya kerana beliau berjuang berseorangan menentang seluruh jentera kerajaan Kemal Ataturk tanpa sedikit perasaan takut, dan ketika itu juga beliau mampu melahirkan Risala-i-Nur sebuah kitab yang cukup penting dan hebat di dalam mengupas persoalan Aqidah dan Al-Quran secara mendalam.
Beliau juga cukup istimewa kerana berkat kesabaran dan keikhlasannya menanggung cubaan yang cukup berat sehingga mengancam nyawanya, gerakan beliau telah menjadi ikutan ribuan rakyat Turki sehingga tertubuhnya berbagai gerakan dakwah yang berasaskan ajaran beliau melalui Risala-i-Nur. Antara badan dakwah yang terkenal sekarang ialah Zaman
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg93Kl76rNdoHfSMmKGCTVqGESty_xnBdjIyjs4kJ6GWsq797D8SNs7w6y_6trgaEhFQGnx-gTysxhN7Z2JLxw3a7EdzNdYde5emcBQGWtdlX3htCjj_kc7IhAychWLOIRlNpz61gigXFqz/s200/barla2.jpg)
Saya sendiri berkesempatan melawat Turki atas jemputan kedua-dua Gerakan ini dan secara langsung dapat memahami pendekatan dakwah mereka yang mana asas perjuanganya sama, cuma berbeza penekanan dan keutamaan. Nanti saya akan memberi perspektif saya mengenai perbezaan penekanan dan pendekatan di antara kedua-dua gerakan ini di dalam siri yang lain.
No comments:
Post a Comment