Firman Allah yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya” - Ash Shaff 61: 10-11
 Minggu lalu, 10 Jun 2008, saya telah dikunjungi oleh Haji Adam (50 tahun), Haji Ahmad Taha (73 tahun); bapa kepada Haji Adam dan Haji Hamid (75 tahun); bapa mertua kepada Haji Adam untuk berbincang mengenai perkembangan Islam di pulau tersebut.
Minggu lalu, 10 Jun 2008, saya telah dikunjungi oleh Haji Adam (50 tahun), Haji Ahmad Taha (73 tahun); bapa kepada Haji Adam dan Haji Hamid (75 tahun); bapa mertua kepada Haji Adam untuk berbincang mengenai perkembangan Islam di pulau tersebut.Kunjungan Haji Adam ke Malaysia adalah merupakan lawatan balas kepada lawatan ukhuwwah yang dibuat oleh ahli Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Sdr Kamarul Arifin bin Wafa ke Pulau Cocos. Semasa di Pulau Cocos, sdr Kamarul sempat menganjurkan beberapa program kemasyarakatan bersama-sama penduduk setempat.
 Kepulauan Cocos terletak jauh di kepulauan Hindi kira-kira 3600km ke barat Darwin, Australia. Terdapat seramai lebih 500 orang penduduk Melayu di sana dan pada tahun 1984 orang Melayu Cocos telah mengundi beramai-ramai untuk disatukan dengan Australia dari segi sosio-politik-ekonomi. Pengundian tersebut telah disaksikan oleh utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Orang Melayu Cocos merupakan masyarakat Islam dan bertutur dalam bahasa “Melayu Pasar”.
 Kepulauan Cocos terletak jauh di kepulauan Hindi kira-kira 3600km ke barat Darwin, Australia. Terdapat seramai lebih 500 orang penduduk Melayu di sana dan pada tahun 1984 orang Melayu Cocos telah mengundi beramai-ramai untuk disatukan dengan Australia dari segi sosio-politik-ekonomi. Pengundian tersebut telah disaksikan oleh utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Orang Melayu Cocos merupakan masyarakat Islam dan bertutur dalam bahasa “Melayu Pasar”.Haji Adam merupakan Ketua Masyarakat Melayu Cocos dan juga seorang Imam memohon bantuan seorang guru agama yang boleh meningkatkaan kualiti kefahaman agama di sana. Masalah seperti membaca al-Quran, aqidah, fardu ain, pengurusan jenazah, sangat mendesak untuk ditangani. Beliau merayu agar ada di kalangan rakyat Malaysia yang sudi untuk datang ke Kepulauan Cocos untuk berdakwah dan menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan masyarakat di sana.
Penduduk Melayu Cocos datang daripada berbagai negeri dari Alam Melayu. Bapa Haji Adam berasal dari Papua manakala bapa mertuanya dari Banjarmasin.
Saya menyatakan penghargaan terhadap usaha dan niat rombongan dari Pulau Cocos ini dan berjanji untuk mencari para pendakwah yang agak “adventurous” untuk memberikan khidmat dakwah mereka. Haji Adam menawarkan rumah mereka untuk dijadikan tempat penginapan. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membayar tiket penerbangan dari Kuala Lumpur.
Saya boleh dihubungi ditalian 03-6187 7020 atau azamwali@gmail.com
 
 
 
 


1 comment:
Sangat menarik...kalau boleh saya nak turut serta membantu usaha dakwah dan Islah kepada saudara muslim kita di sana
Post a Comment