Terima Kasih Bang Imad
Bang Imad,
Ku ingat sergahmu
Marahmu tiada kompromi
Kalau tauhid dipermainkan
Marahmu tidak kendali
Ada yang diherdik, ada yang dihalau
Hanya kerana soal tauhid
Tak mengikut fahamnya
Begitu engkau cintakan Allah
Maunya semua orang sepertinya
Tika menyebut nama Allah
Kulihat jiwanya bergetar
Tangisnya kerap mencipta suasana hening
Kelas ngaji terhenti
Murid mengerti
Yang merokok
Jangan harap mendapat simpati
Haram hukumnya, tegas, tiada kompromi
Membunuh diri, merosak orang lain
Bang Imad....
Kini kau tiada lagi
Legasi tauhidmu
Bekal abadi
Makan Pahlawan
Engkau disemadi
Doaku,
Engkau pahlawan
Dunia dan akhirat
Al-Fatihah
Kota Kinabalu
1 Syaaban 1429H
3 Ogos 2008
(Wafat 30 Rejab 1429H / 2 Ogos 2008
Marahmu tiada kompromi
Kalau tauhid dipermainkan
Marahmu tidak kendali
Ada yang diherdik, ada yang dihalau
Hanya kerana soal tauhid
Tak mengikut fahamnya
Begitu engkau cintakan Allah
Maunya semua orang sepertinya
Tika menyebut nama Allah
Kulihat jiwanya bergetar
Tangisnya kerap mencipta suasana hening
Kelas ngaji terhenti
Murid mengerti
Yang merokok
Jangan harap mendapat simpati
Haram hukumnya, tegas, tiada kompromi
Membunuh diri, merosak orang lain
Bang Imad....
Kini kau tiada lagi
Legasi tauhidmu
Bekal abadi
Makan Pahlawan
Engkau disemadi
Doaku,
Engkau pahlawan
Dunia dan akhirat
Al-Fatihah
Kota Kinabalu
1 Syaaban 1429H
3 Ogos 2008
(Wafat 30 Rejab 1429H / 2 Ogos 2008
Dimakamkan di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta)
1 comment:
Assalamualaikum
Senario politik yg penuh tanda tanya nampaknya tak menguntungkan
masyarakat Melayu-Islam. Pemimpin politik Melayu berada dalam keadaan yg defensif.Ini cukup berbahaya kerana UMNO boleh menjadi reckless dan melakukan kompromi yg lebih besar yg pada jangka panjangnya susah hendak reverse. Hanya artikulasi yg hebat dan mempunyai impak tinggi tentang kepentingan Melayu-Islam yang boleh mengekang penghakisan terus berlaku baik drpd BN mahupun Pakatan Rakyat. Masyarakat Cina nampaknya sangat strategik mengatur langkah senyap-senyap.Barangkali connection NGO sdr boleh mengambil inisiatif menggerakkan perhatian umat.Prihatin perlu berfikir ke arah ini juga, tetapi tak dapat bergerak pantas.
Post a Comment