Minggu lalu 20-22 Jun, saya mengendalikan satu program untuk para Nuqaba’ Kolej MARA Banting (KMB). Kolej ini menempatkan pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan terbaik untuk persiapa
n belajar di luar negara. Pelajar terpilih akan dipersiapkan dengan latihan akademik serta psikologi selama 2 tahun sebelum berlepas ke luar negara.
Apa yang menarik di KMB ialah di samping penekanan kepada kecemerlangan akademik, penekanan aspek agama juga tidak diabaikan. KMB telah melaksanakan sistem usrah sebagai kaedah menambah kesedaran agama di kalangan pelajar. Beberapa pelajar akan dipilih untuk menjadi Naqib dan Naqibah bagi mengetuai atau menyelaras usrah-usrah ini.
Beberapa bulan sebelum ini Ustaz Sulor Tohiron, Pegawai Agama KMB menghubungi saya untuk mengendalikan kursus kepada para Nuqaba supaya sistem usrah dapat berjalan dengan berkesan dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan tinggi akal budinya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKtsG2NfWmfQJHLJIFFhWBU6CAy2qxjJcu4gecbtTPz2KJ2Aon0iCeLqwVftKtNR8atqHP0UEGHRn_iDDtYYRt7CrIFItKTuTlRsUOmDW8epOH4M5r5M-Vtn_rP_eXeTfUKocKQtZ0TEW7/s200/gam2.jpg)
Apa yang menarik di KMB ialah di samping penekanan kepada kecemerlangan akademik, penekanan aspek agama juga tidak diabaikan. KMB telah melaksanakan sistem usrah sebagai kaedah menambah kesedaran agama di kalangan pelajar. Beberapa pelajar akan dipilih untuk menjadi Naqib dan Naqibah bagi mengetuai atau menyelaras usrah-usrah ini.
Beberapa bulan sebelum ini Ustaz Sulor Tohiron, Pegawai Agama KMB menghubungi saya untuk mengendalikan kursus kepada para Nuqaba supaya sistem usrah dapat berjalan dengan berkesan dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan tinggi akal budinya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_nlCwyB3fPF23albwFI8guFJwoWuTVwQ8RhfjypFMVchDe6Mrt1pkf92AKXrJiCFotZBduaGlHw2oTmVjtLLV6dAGgwPgweMxZ8NYCy_EtCg7LSQf6jWGdhW4vnxA_5nZqB295X-1IH61/s200/gam1.jpg)
Melalui usrah, saya mengerti tentang amanah dakwah yang diwajibkan kepada setiap umat Islam. Dakwah bukan kerja khusus para ustaz dan ustazah atau alim ulama. Dakwah adalah perintah Allah Ta`ala kepada setiap umat Islam. Cuba fahami surah Ali Imran 3:110 yang bermaksud “K
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBMyaPEDTQ41sMpJooxkKO4Mol57zRAeqkdrWimQxG3iB6wGPQ_9_CnwyyBS71wIN9tz0uAKOuGfuXHkBjXLejLkfYhcheHs0hFI6FijHVprnCvXRgs0gdi1BFP4kntWuZpmKe5It-1M7K/s200/gam4.jpg)
Kembali kepada kursus para Nuqaba tadi, saya telah diberi gelaran “Walid” oleh mereka. Sejak terlibat di dalam melaksanakan amanah dakwah selama 30 tahun, setiap kali kursus dakwah yang saya kendalikan, berbagai gelaran yang diberikan peserta kepada saya. Saya mengatakan saya bukan ustaz, kerana tidak pernah mengikuti pendidikan agama secara formal. Saya terdedah kepada Islam melalui kaedah pendidikan tidak formal iaitu usrah. Pendidikan sepanjang hayat.
Namun demikian, ramai yang selesa memanggil saya ustaz, ada juga Sheikh, Maulana, Hoja dan macam-macam lagi.
Walid! Inilah gelaran yang tak pernah saya terima. Lazimnya Walid adalah panggilan bapa oleh anak terutama dari keturunan Arab Melayu. Wah! Terkedu saya kerana buat pertama kali baru terasa dah tua. 21 Jun, adalah hari lahir saya yang ke 48 tahun. Waktu mengendalikan sesi cerama
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdFMeOv4AF7ICQ3ciPwyUBLMhygL16Ty8SJp_pwwmJP7yLYEbMurO_1W54U8OCcIpXPNeR960SjcoQ7UmPyxoN3X57YUZRqQKCIho2wWdYnN1i6pBkGQxBydTt5zHXPHDn4SuchndEn5lf/s200/kek.jpg)
Namun demikian, walaupun penat, tetapi berbaloi. Saya puas dan gembira bila melihatkan wajah-wajah peserta di akhir kursus begitu ceria, gembira seolah-olah mereka mendapat suatu ilham atau ilmu yang sangat berharga. Nampak semangat mereka berkobar-kobar untuk menjadi Naqib dan Naqibah yang cemerlang.
Kepada anak-anak seramai 61 orang (60 bakal doktor, 1 bakal jurutera) Walid ingin berpesan. Walid ingin berwasiat.
Jadilah insan yang ummatik
Ikutilah jejak Al Rasul
Patuhilah syarat Al Falah
Jangan hanya mementingkan diri
Jangan bakhil ilmu dan kasih sayang
Sayangilah untuk disayangi
Redhailah untuk diredhai
Syukurilah untuk dirahmati
Pasti Allah mengasihi, Wallahi.
Kepada Sdr Shaharuddin dan Cikgu Muslimin terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman peribadi mengenai usrah sebagai wahana dalam pembentukan khayra ummah.
Kepada 6 orang Fasilitator, Sdr Shakir, Helmi, Muhammad Huzaifah, Najmudin, Maria dan Norasarina, terima kasih kerana membantu menjayakan program ini.
Kepada 6 orang Fasilitator, Sdr Shakir, Helmi, Muhammad Huzaifah, Najmudin, Maria dan Norasarina, terima kasih kerana membantu menjayakan program ini.
2 comments:
Salam YB En Azam,
Syukur, Terharu, gembira , Bahagia membaca coretan Mantan Presiden yang sanggup mengilingi meja, mendekati anak2 muda demi melahirkan generasi al-falah!
Salam Normazita,
Bila agaknya nak balik? Anak-anak muda ni ramai yang buat Kursus Perubatan yang akan ke Dublin setahun dua ini.Bolehlah bantu kalau masih di sana.
Post a Comment