Friday, May 16, 2008

Bertemu Dr Zainuddin Jaafar – Mantan Exco ABIM di Brunei

Apabila jadual saya ke Brunei telah pasti, berlegar di kepala saya untuk bertemu dengan Dr Zainuddin Jaafar, Mantan EXCO ABIM ketika saya menjadi Presiden. Beliau mendirikan rumahtangga dengan anak mantan Mufti Brunei.

Beliau ke Brunei setelah tidak lagi menjadi Presiden Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) yang sekarang telah menjadi Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau sekarang ini menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Brunei Darussalam

Pada bulan Februari yang lalu, Dr Zainuddin telah dikenalpasti menghidap barah paru-paru tahap empat. Begitu banyak berita yang tidak tepat serta khabar angin tersebar mengenai beliau. Malah ada yang mengatakan beliau telah meninggal dunia sedangkan yang meninggal adalah adiknya kerana sakit jantung.

Ketika saya menziarahi beliau, gambaran saya ialah Dr Zainuddin akan terlantar di atas katil dengan badan yang kurus kering. Ternyata bila bertemu, beliau kelihatan sihat, cuma badannya susut sedikit. Beliau boleh berjalan seperti biasa dan mengajar di universiti. Beliau telah menjalani rawatan chemotherapy di Brunei dan alhamdulillah katanya sudah semakin sihat.

Beliau menyatakan penghargaan dan terima kasih di atas doa dan perhatian sahabat handai mengenai kesihatannya.

Kita doakan agar beliau segera sembuh sepenuhnya. Insya Allah.

Bagi sahabat-sahabat beliau yang ingin maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Dr Zainuddin di alamat berikut:


Dr Zainuddin Jaafar
15, Simpang 208
Kg Manggis 2
Tel : (+673) 2332230 / 8655799 (Hp)

2 comments:

Ifila Saila said...

Alfatihah buat Dr.Z.J. yg telah kembali ke rahmatullah petang semalam (Ahad 25 Okt 2009)dan dijangka dikebumikan di Brunei petang ini. Moga ruh beliau ditempatkan bersama ruh para nabi dan kekasih Allah.

akumann2803 said...

Kekandaku. Al fatihah