Ingin Membina Syurga di Dunia – Akibatnya Hina di Dunia, Akhirat entah ke mana!
2. Tapi kali ini tanggapan saya berlainan sekali. Ya, pastinya faktor umur dan pengalaman selang 8 tahun banyak mempengaruhi saya dalam menilai sesuatu. Saya kagum, ya masih begitu. Masakan tidak, berada di tengah istana yang serba cantik lagi menawan. Betapa seronoknya para pemerintah dan kaum kerabatnya hidup ketika itu. De
3. Hakikat ini tercatat dalam sejarah kejatuhan Dinasti Nasriyyah yang terakhir pada 2 Januari 1492 ketika Sultan Muhammad XII atau lebih dikenali sebagai Sultan Boabdil menyerah diri kepada Raja Ferdinand II dari Aragon dan Permaisuri Isabella I dari Castille. Baginda menangis sedih atas peristiwa tersebut ketika meninggalkan Istananya dan melihatnya buat kali terakhir. Tangisannya itu ditegur oleh ibunya yang berkata, "Jangan kamu menangis macam perempuan, sedangkan kamu tidak mampu mempertahankannya sebagai seorang lelaki”.
Andalusia – Pencetus Kebangkitan Tamadun Barat
4. Islam telah mencipta sejarah ketamadunan yang sangat tinggi di Andalusia sejak memerintah selama 780 tahun iaitu dari tahun 712 – 1492M. Stanley Lane-Poole seorang sejarawan telah mengungkap kalimah berikut sebagai gambaran sumbangan besar umat Islam Andalusia kepada Tamadun Barat
“Art, literature and science prospered as they then prospered nowhere else in Europe…. Mathematics, astronomy, botany, history, philosophy and jurisprudence were to be mastered in Spain, and Spain alone. Whatever makes a kingdom great and prosperous, whatever tends to refinement and civilization,was found in Muslim Spain….”
5. Malah tokoh Saintis dan Falsafah Islam saperti Ibn Rusd (Averroes), Ibn Sina ( Avicenna), Ibn Zuhr (Avenzoar), Al Khawarizmi (Algorizm), Al Razi (Razes) adalah antara tokoh yang menjadi pencetus kepada kebangkitan Eropah atau Rennaisance. Martin Luther (1483 – 1546) yang mencetus Gerakan Pembaharuan Keristian yang diberi nama Protestanism dikatakan pernah belajar di Andalus. Berkat ilmu dari ulama Andalus inilah agaknya memberi inspirasi kepada beliau untuk mencetuskan Reformasi dalam agama Keristian.
SunnatuLlah pasti berlaku
6. Namun demikian sejarah kegemilangan ini berakhir sebaik saja umat Islam Andalus tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Pemerintah menjadi zalim, peperangan sesama sendiri kerana kuasa menjadi lumrah, si kaya bertambah kaya dengan pemerasan orang miskin, si miskin semakin terpinggir, pengkhianatan sesama Islam sudah amalan biasa dan berbagai lagi kebejatan akhlak yang amat memualkan berlaku. Maka benarlah firman Allah ta’ala yang bermaksud, "Dan tidak pernah pula Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (Surah al-Qashash :59).
7. Apakah yang boleh kita pelajari dari sejarah ini? Harta, Wanita dan Tahta, 3 TA , apabila sudah menjadi Tuhan menggantikan Allah ta’ala di dalam kehidupan kita, maka bermulalah saat kejatuhan sesuatu bangsa walau sehebat mana sekalipun sejarah keagongannya. Inilah sunnatuLlah yang tidak pernah berubah sebagaimana firmanNya, "Sebagai Sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (kamu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada Sunnah Allah.” (Al Ahzab 33:62).
No comments:
Post a Comment