Wednesday, September 19, 2007

Ucapan Pilihan - Selected Speeches


(Ucapan ini penting untuk dikongsi memandangkan isinya agak berani memperkatakan mengenai kepincangan Dasar Bahasa Melayu dari seorang Menteri Besar.)




DRAF UCAPAN MENTERI BESAR JOHOR
YAB DATO’ HJ. ABDUL GHANI BIN OTHMAN
Pada majlis
PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA DARUL TA’ZIM KE-VI,
PADA 11 OGOS 2007 DI DEWAN PERDANA
HOTEL SELESA JOHOR BAHRU


ASSALAM MUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
BISMILLAHIR RAHMAN NIR RAHIM. WASSOLATU WASSALAMU
ASRAFIL AMBIAI WALMURSALIN, WAALA ALIHI WASAHBIHI AJMAIN.

SAUDARA/SAUDARI PENGERUSI MAJLIS,

YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER / TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN
NEGERI JOHOR,

YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI JOHOR

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT

TAN SRI PROF. EMERITUS DATUK DR. ISMAIL HUSSEIN

PROF. EMERITUS DATUK ABU BAKAR HAMID

PROF. DATUK DR. FIRDAUS ABDULLAH

PROF. DATUK DR. ZAINAL KLING

DIF-DIF JEMPUTAN

PARA PENULIS

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN PARA HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN.

BELAYAR BAHTERA DI WAKTU PETANG,
DARI BENGKALIS KE PULAU ANDAMAN,
SARAT MUATAN KAIN SUTERA;
SALAM SEJAHTERA SELAMAT DATANG,
PARA PENULIS TETAMU BUDIMAN,
KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA.

SAUDARA-SAUDARA,

1. SAYA DIFAHAMKAN TAHUN INI ADALAH KALI KEENAM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SASTERA DARUL TA’ZIM DIADAKAN. TAHNIAH KEPADA PARA PENULIS ANAK WATAN JOHOR YANG KARYA MEREKA TELAH DIPILIH BAGI MEMENANGI HADIAH INI. HARAPAN SAYA SEMOGA PARA PENULIS YANG BERJAYA TERPILIH AKAN TERUS BERUSAHA MENGHASILKAN KARYA-KARYA YANG LEBIH BERKUALITI SETANDING DENGAN PENULIS-PENULIS LAIN YANG TELAH MAPAN DAN MENCIPTA NAMA DI PERSADA TANAH AIR MAHUPUN ANTARABANGSA. DALAM PADA ITU BAGI PENULIS YANG KARYANYA TIDAK TERPILIH JANGANLAH LEKAS BERPUTUS ASA, KERANA SAYA JUGA DIFAHAMKAN BAHAWA KARYA-KARYA MEREKA BUKANLAH KERANA KURANG BERMUTU TETAPI KERANA ADA KARYA-KARYA LAIN YANG LEBIH BAIK.

2. KERAJAAN MENYEDARI SEKIRANYA KITA SINGKAP SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA DAN SASTERA DI TANAH AIR KITA, PARA PENULIS MERUPAKAN GOLONGAN YANG GIGIH SEBAGAI PENGGERAK DAN PEJUANG MENDAULATKAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN BANGSA. DENGAN TERTUBUHNYA PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA MELAYU (PBmPB) YANG DIPIMPIN OLEH DATO’ SERI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK PADA TAHUN 1888, MENUNJUKKAN BAHAWA PARA PEMBESAR MELAYU JOHOR 120 TAHUN YANG LAMPAU TELAH MEMPUNYAI KESEDARAN BAHAWA BAHASA MELAYU ITU PERLU DIPELIHARA, DIKEMBANGKAN DAN DIBERI TARAF SERTA KEDUDUKANNYA YANG ISTIMEWA DALAM PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN NEGERI.

3. SEMENTARA ITU PADA PERTENGAHAN ABAD KE-19 SEKITAR TAHUN 1840-AN, ABDULLAH ABDUL KADIR MUNSYI DALAM BUKUNYA HIKAYAT ABDULLAH TELAH MENGKRITIK ORANG MELAYU,

……….TINGGAL DALAM BODOHNYA, OLEH SEBAB IA TIADA MAHU BELAJAR BAHASANYA SENDIRI, DAN TIADA MAHU MENARUH TEMPAT BELAJAR BAHASANYA ITU…….BUKANKAH SEGALA BANGSA-BANGSA YANG LAIN DALAM DUNIA INI MASING-MASING ADA BELAJAR BAHASANYA, MELAINKAN ORANG MELAYU?..

ABDULLAH MUNSYI PENGARANG TERKENAL YANG HIDUP KIRA-KIRA 170 TAHUN YANG LALU TELAH MENYEDARKAN ORANG MELAYU SUPAYA MEMAJUKAN BAHASA MELAYU, MENGGUNAKANNYA DENGAN BETUL, MELALUI PEMBACAAN, DAN PENULISAN AGAR BAHASA MELAYU BERKEMBANG LUAS SEBAGAI ASAS KEPADA TAMADUN BANGSA.

(D) KEBANYAKAN NEGARA YANG MERDEKA DAN BERDAULAT BIASANYA MEMPUNYAI DASAR BAHASANYA YANG TERSENDIRI. DASAR BAHASA INI AMAT PENTING PERANANNYA DALAM BIDANG PENGURUSAN NEGARA DAN MASYARAKATNYA DAN JUGA UNTUK KEPENTINGAN JATI DIRI BANGSA DAN NEGARA TERSEBUT. DASAR BAHASA INILAH YANG MENENTUKAN BAGAIMANAKAH PERMASALAHAN BAHASA DI NEGARA ITU DAPAT DITANGANI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. DASAR BAHASA DI MALAYSIA TELAH DIPUTUSKAN MELALUI ‘KONTRAK SOSIAL’ DI ANTARA WAKIL-WAKIL UMNO, MCA DAN MIC SEBELUM KEMERDEKAAN DICAPAI PADA TAHUN 1957. DALAM PERSEPAKATAN ITU BAHASA MELAYU TELAH DIPILIH SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA. MALANGNYA KEPUTUSAN DAN KESEPAKATAN INI TIDAK DIRAKAM ATAU TERMAKTUB SECARA JELAS DALAM UNDANG-UNDANG DASAR BAHASA YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL 152 PERLEMBAGAAN DAN DALAM AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967. KEDUA-DUA DOKUMEN UNDANG-UNDANG ITU HANYA MENYEBUT BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU, TANPA MENYEBUT APAKAH TUJUANNYA.

5. MALANGNYA HARI INI KITA DAPATI SETELAH 50 TAHUN MERDEKA, SETELAH PERANCANGAN BAHASA MELAYU DILAKSANAKAN DENGAN PENUH ILTIZAM, SETELAH DASAR BAHASA JELAS DIMAKTUBKAN DALAM PERLEMBAGAAN, KITA DAPATI ADA DI KALANGAN KITA, YANG TELAH BERJAYA DALAM KEHIDUPAN MEREKA HASIL DARIPADA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG BERTERASKAN BAHASA MELAYU DENGAN NADA SOMBONG CUBA MEMPERLEKEHKAN BAHASA MELAYU. MEREKA BERANGGAPAN BAHAWA ORANG MELAYU TIDAK MUNGKIN MAJU SEKIRANYA MASIH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI DAN BAHASA ILMU.

(E) STATUS BAHASA KEBANGSAAN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN IALAH BAHASA YANG DIANGKAT MENJADI BAHASA UTAMA SEBUAH NEGARA YANG MERDEKA DAN BERDAULAT, DAN JUGA MENJADI BAHASA RASMI NEGARA YANG DIGUNAKAN DALAM PERHUBUNGAN RASMI, SEPERTI DALAM UCAPAN DAN SURAT-MENYURAT. DENGAN ADANYA BAHASA KEBANGSAAN SEKALIGUS BAHASA RASMI NEGARA KITA SENDIRI MEGAH SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT DAN BERMARUAH. DALAM KONTEKS INI BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA HARUS BERFUNGSI SEBAGAI ALAT PERPADUAN NEGARA, BUKAN HANYA SEBAGAI ALAT PERPADUAN BANGSA MELAYU. BAHASA KEBANGSAAN MESTILAH DIJADIKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN ATAU INTEGRASI NEGARA. PERANANNYA BERSIFAT INSTRUMENTAL BUKAN IDEOLOGI ATAU NASIONALISTIK. IA BERPERANAN SEBAGAI PEMBENTUK JATI DIRI NEGARA BUKAN JATI DIRI BANGSA MELAYU SEMATA-MATA. UNTUK KEMAJUAN NEGARA DALAM BIDANG EKONOMI, PERUSAHAAN, SAINS DAN TEKNOLOGI. PERCAYALAH BAHASA INGGERIS TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMAINKAN PERANANNYA SECARA BERKESAN TERUTAMANYA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI, SEBAGAI ALAT INTEGRASI DAN PERPADUAN DAN SEBAGAI PEMBENTUK JATI DIRI MALAYSIA YANG UNGGUL DAN BERMARUAH. BILA KITA MENGATAKAN KITA AKAN MENJADI NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020 MENGIKUT ACUAN SENDIRI, APAKAH SEBENARNYA MAKNA YANG TERSIRAT DI SEBALIK UNGKAPAN INI. KITA MAHU MENJADI SATU BANGSA YANG MAJU TETAPI BERLANDASKAN BAHASA KEBANGSAAN YANG KITA GUNAKAN, ATAS DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DAN CARA HIDUP KITA YANG BENAR-BENAR MENGGAMBARKAN BAHAWA KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERTAMADUN DAN BANGGA MENJADI WARGA NEGARA MALAYSIA.

6. SIKAP ORANG MELAYU YANG SUKA MEREMEHKAN BAHASANYA SENDIRI JUGA TERUNGKAP DALAM KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI (1872) SEMASA MELAWAT BANDAR KELANG YANG KETIKA ITU DITADBIR OLEH TENGKU KUDIN, MENANTU SULTAN ABDUL SAMAD, SELANGOR, DENGAN NADA KRITIS BELIAU MENYINDIR.


……..ADAPUN ADAT-ADAT YANG DIPERINTAHKAN OLEH TENGKU KHIAUDDIN DAN NAMA-NAMA JALAN DALAM ITU MENGIKUT INGGERIS BELAKA TETAPI BERLEBIH KURANG SAHAJA. MAKA NAMA-NAMA JALAN ITU DIBUBUHNYA SEPERTI: KING STREET, BEACH STREET, MARKET STREET, WARF STREET, CHINA STREET….MAKA AKU BERTANYA PULA DAN BERKATA: SAYANG SEKALI APA SEBAB KELANG INI NEGERI MELAYU DINAMAKAN JALAN DAN PEKERJAANNYA SEMUA MENGIKUT NAMA INGGERIS, JIKA DIBUBUH NAMA CARA MELAYU ALANGKAH BAGUSNYA……

7. ZAMAN YANG DILALUI OLEH MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI SEORANG INTELEKTUAL DAN PENGARANG MELAYU JOHOR YANG HIDUP PADA ZAMAN MAHARAJA ABU BAKAR KIRA-KIRA 160 TAHUN YANG LALU KINI TERJELMA KEMBALI. KITA LIHAT SENDIRI PADA ZAMAN INI SETELAH 50 TAHUN MERDEKA PADA ABAD KE-21 PENGHORMATAN KEPADA BAHASA MELAYU DALAM PELBAGAI MAJLIS RASMI DAN URUSAN RASMI DAN MEDIA SUDAH MULAI SIRNA ATAU TANPA DISEDARI MULAI TERHAKIS. BELUM LAGI TERMASUK GOLONGAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MELETAKKAN CIRI-CIRI KEBANGSAAN DAN JATI DIRI BANGSA PADA PUSAT-PUSAT PENTADBIRAN, KAWASAN PERUMAHAN DAN TEMPAT AWAM. SAMA ADA DISENGAJAKAN ATAU SEMEMANGNYA KURANG KESEDARAN TENTANG BETAPA MUSTAHAKNYA BAHASA MELAYU DAN BUDAYA MELAYU DIBERI TEMPATNYA YANG WAJAR PADA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT SUPAYA MENGGAMBARKAN BAHAWA KITA MENGHORMATI DAN BERBANGGA DENGAN BAHASA DAN BUDAYA KITA.

(A) SEMASA KITA MEMPEROLEH KEMERDEKAAN PADA TAHUN 1957 KITA TELAH BERSEPAKAT, MEMILIH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA KITA. MENGAPA KITA PILIH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA KITA YANG BAHARU MERDEKA ITU? MENGAPA TIDAK DIPILIH BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA CINA ATAU BAHASA TAMIL SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA KITA? MUNGKIN JUGA ADA DI ANTARA KITA TERUTAMANYA GOLONGAN GENERASI MUDA YANG TIDAK TAHU ATAU SENGHAJA TIDAK MAHU TAHU DAN CUBA MENAFIKAN KEBENARAN SEJARAH INI.

BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MELAKA LAGI TELAH MENJADI BAHASA KOMUNIKASI YANG MELUAS BAGI WILAYAH ASIA TENGGARA. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU MENJADI SEMAKIN PENTING DI RANTAU INI TERUTAMANYA PADA ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA DAN ZAMAN KEBESARAN KERAJAAN MELAYU JOHOR – RIAU PADA ABAD KE 17 DAN 18. STATUS BAHASA MELAYU PADA KETIKA ITU BUKAN SAHAJA SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA BAHKAN SEBAGAI BAHASA PENTADBIRAN KERAJAAN, BAHASA SASTERA, BAHASA PERNIAGAAN DAN BAHASA UNDANG-UNDANG. BAHASA MELAYU BUKAN SAHAJA DITUTURKAN DI PINGGIR LAUT, BAHKAN DIGUNAKAN DI SELURUH KEPULAUAN MELAYU. SEBAB ITULAH BAHASA MELAYU DIPILIH SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI DI MALAYSIA DAN DI INDONESIA KERANA SELAIN MUDAH DITUTURKAN BAHASA INI JUGA MUDAH DIPELAJARI, DAN MEMPUNYAI SEJARAH KEGEMILANGANNYA YANG TERSENDIRI.

(B) KALAU ADA HASRAT MANA-MANA PIHAK UNTUK MENGGANTIKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, DAN BAHASA RASMI DI NEGARA KITA PADA ABAD KE – 21 INI SAYA YAKIN GOLONGAN INI SUDAH HILANG PERTIMBANGAN ATAU HILANG AKAL. BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA YANG DIANGKAT MENJADI BAHASA UTAMA SESEBUAH NEGARA YANG MERDEKA DAN BERDAULAT. DALAM SEBUAH NEGARA MAJMUK SEPERTI MALAYSIA INI PERANAN BAHASA KEBANGAAN MENJADI SEMAKIN PENTING. PERCAYALAH HANYA BAHASA MELAYU YANG TELAH DIANGKAT MENJADI BAHASA KEBANGSAAN INIAH SAHAJA YANG BERUPAYA MENYELESAIKAN BERBAGAI MASALAH POLITIK, MASALAH SOSIAL, DAN MASALAH PERPADUAN. BAHASA INGGERIS IALAH BAHASA DUNIA, BAHASA GLOBAL. IA HANYA MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH DUNIA DAN MASALAH GLOBAL, TETAPI TIDAK AKAN BERUPAYA MENANGANI MASALAH DALAMAN. BAGI SAYA SESIAPA SAHAJA YANG TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN TERHADAP BAHASA MALAYSIA DALAM ABAD KE – 21 INI SESUNGGUHNYA MEREKA INI TIDAK MENARUH PERASAAN CINTA TERHADAP MALAYSIA DAN TIDAK MEMPUNYAI JATI DIRI KEMALAYSIAAN YANG JELAS.

(C) SESUNGGUHNYA KITA SEMUA MENGAKUI BAHAWA BAHASA INGGERIS ITU PENTING DALAM KEHIDUPAN MODEN TERUTAMANYA UNTUK MEMBOLEHKAN BANGSA KITA MEMPEROLEH ILMU YANG TERDAPAT DALAM BAHASA ITU. TETAPI JANGANLAH SAMPAI KERANA TERLALU MEMIKIRKAN BAHASA INGGERIS ITU PENTING KITA TERUS MENGABAIKAN KEPERLUAN PENGUASAAN BAHASA KEBANGSAAN ANAK-ANAK KITA TERJEBAK DALAM SITUASI KALAH-KALAH. DALAM KEGHAIRAHAN UNTUK MAJU BERLANDASKAN BAHASA INGGERIS, PENGUASAAN BAHASA INGGERIS ANAK-ANAK KITA DI SEKOLAH-SEKOLAH TIDAK KE MANA MALAH DALAM MASA YANG SAMA PENGUASAAN BAHASA MELAYU/MALAYSIA MEREKA JUGA TIDAK BAIK.

8. APAKAH DALAM ERA GLOBALISASI PERJUANGAN BAHASA DAN BUDAYA SUDAH TIDAK RELEVAN? APAKAH BAHASA MELAYU CUKUP SEKADAR DISEBUT SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI, DAN BAHASA ILMU, SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA SEOLAH-OLAH SECARA TERANCANG FUNGSI BAHASA ITU TELAH DINAFIKAN. SEBAGAI CONTOH YANG AMAT JELAS IALAH APABILA BERLAKUNYA PERUBAHAN PELAKSANAAN DASAR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA, YANG DIMULAKAN SEJAK TAHUN 2002. PARA GURU SEKOLAH DAN PARA PENSYARAH TELAH DIMINTA SUPAYA MENGAJAR DAN MEMBERI KULIAH DI INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM BAHASA INGGERIS. KALAU DASAR INI TIDAK DISEMAK DAN DIKAJI SEMULA, AKAN BERJAYALAH PROSES PEMINGGIRAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU, TERUTAMANYA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI PADA TAHUN 2008 NANTI.

9. KITA BOLEH TERIMA BAHASA MELAYU DISEBUT SEBAGAI BAHASA MALAYSIA, TETAPI FUNGSINYA MESTILAH DIKEKALKAN, MARTABATNYA MESTILAH DITINGKATKAN BUKAN SAHAJA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI DAN BAHASA PERPADUAN, TETAPI YANG LEBIH UTAMA IALAH SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA PENGUCAPAN INTELEKTUAL. PADA TAHAP INI KITA SEBENARNYA MEMERLUKAN SATU KEAZAMAN POLITIK YANG BENAR-BENAR KENTAL UNTUK MELETAKKAN SEMULA MARTABAT BAHASA DAN BUDAYA KITA KE TEMPATNYA YANG ASAL.

10. SEBENARNYA MASIH RAMAI DI ANTARA KITA KHUSUSNYA GOLONGAN PEMBUAT DASAR, GOLONGAN KORPORAT DAN TEKNOKRAT YANG KURANG PENGERTIAN DAN KESEDARAN BAHAWA BAHASA MELAYU SEBENARNYA MEMILIKI PERANAN YANG BESAR DALAM PEMBENTUKAN KONSEP KEBANGSAAN DAN KENEGARAAN APA LAGI UNTUK MEMAHAMI HUBUNGAN BAHASA DENGAN PEMBINAAN JATI DIRI, BANGSA DAN NEGARA.

11. MENGINGAT BAHAWA TAHUN 2007 INI KITA AKAN MERAYAKAN ULANG TAHUN KE-50 MEMPEROLEH KEMERDEKAAN, ELOK JUGA DALAM PERTEMUAN INI KITA SAMA-SAMA MENOLEH KEMBALI TENTANG PERANAN SASTERA DAN BAHASA MELAYU DALAM KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME MELAYU SEHINGGA TERCAPAINYA KEMERDEKAAN PADA TAHUN 1957. PADA ZAMAN ITU IAITU TAHUN-TAHUN 1940-AN DAN 50-AN KESUSASTERAAN TELAH DIJADIKAN ALAT UNTUK MENBUS MARUAH BANGSA. PARA PENULIS DAN PENGARANG MELAYU RATA-RATA MENULIS DENGAN TUJUAN UNTUK MEMBANGKITKAN KESEDARAN DAN SEMANGAT MENENTANG PENJAJAH DAN MEMBEBASKAN NEGARA INI DARIPADA BELENGGU PERHAMBAAN. PIHAK MEDIA PULA PADA KETIKA ITU MEMBERI WADAH YANG AMAT LUAS KEPADA PARA PENULIS MENGUNGKAPKAN PERASAAN DAN FIKIRAN MASING-MASING, MENGENAI PERLUNYA ORANG MELAYU BERSATU PADU UNTUK MENUNTUT KEMERDEKAAN. NAMUN PADA HAKIKATNYA PADA HARI INI BUKAN SAHAJA ADA SESETENGAH GOLONGAN YANG TIDAK PEKA TERHADAP PERJUANGAN MEMARTABATKAN BAHASA DAN BUDAYA BANGSA, MALAH PIHAK MEDIA JUGA KURANG MESRA UNTUK MEMBANTU MENGANGKAT MARUAH BUDAYA KITA.

12. KERIS MAS SEORANG SASTERAWAN NEGARA YANG PERNAH AKTIF MENULIS PADA ZAMAN ITU TELAH MENGUNGKAPKAN KONSEP MENGENAI POLITIK SASTERA DAN SASTERA POLITIK. POLITIK SASTERA PADA PANDANGAN BELIAU ADALAH PENDIRIAN POLITIK ATAU KEAZAMAN POLITIK TERHADAP SASTERA. APAKAH DASAR ATAU POLISI PIHAK BERKUASA TENTANG SASTERA DALAM HUBUNGANNYA DENGAN KEHIDUPAN KEBANGSAAN. KEADAAN INI BERBEZA DENGAN PENGERTIAN SASTERA POLITIK, DI MANA SASTERA DIPERALAT UNTUK TUJUAN POLITIK KEPARTIAN, SEBAGAI ALAT PROPAGANDA UNTUK MENEGAKKAN IDEOLOGI SESEBUAH PARTI POLITIK TERTENTU BAGI MEMBOLEHKAN IA MENDAPAT KUASA.


13. KALAU PADA ERA TAHUN 40-AN DAN 50-AN ITU ORANG MELAYU MENGGUNAKAN SASTERA SEBAGAI ALAT PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN, SEBAGAI ALAT MENAIKKAN SEMANGAT PATRIOTISME, ATAU CINTAKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA, KENAPA TIDAK PADA ERA SETELAH 50 TAHUN KITA MERDEKA, SASTERA KITA GUNAKAN PULA SEBAGAI ALAT UNTUK MEMPERKUKUHKAN JATI DIRI BANGSA BAGI MENGHADAPI GLOBALISASI AGAR KITA DAPAT TERUS BERTAHAN SEKURANG-KURANGNYA UNTUK 50 TAHUN YANG AKAN DATANG. DALAM KONTEKS BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI, BAHASA ILMU DAN BAHASA PERPADUAN MESTILAH DIPERTEGAS DALAM PERLAKSANAAN DAN PENGUATKUASAANNYA. PENGAJARAN BAHASA DAN SASTERA PERLU DIPERLUASKAN DAN DIBERIKAN NILAI YANG LEBIH BERMAKNA DALAM KEHIDUPAN KEBANGSAAN. SELAIN ITU TARAF DAN PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR YANG UTAMA DI INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN AWAM HENDAKLAH DIKUATKUASAKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. LANGKAH AWAL YANG PERLU DIAMBIL DENGAN SEGERA IALAH MENGEMBALIKAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DAN SUBJEK TEKNIKAL DALAM BAHASA MELAYU YANG SEKARANG DINAMAKAN SEBAGAI BAHASA MALAYSIA.

14. SEJARAH PERJUANGAN BANGSA KITA SELAMA PULUHAN TAHUN MEMBUKTIKAN KEUTUHAN CITA-CITA UNTUK MENDAULATKAN BAHASA MELAYU KINI MENJADI BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI, BAHASA PERPADUAN DAN BAHASA ILMU SERTA BAHASA PERANTARA. PENGISIAN DAN PENDAULATANNYA MENJADIKAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SELANGKAH DEMI SELANGKAH MENGAMBIL TEMPAT YANG CUKUP PENTING DALAM PEMBINAAN BANGSA MELAYU.


15. DALAM TEMPOH KURANG DARIPADA SETENGAH ABAD, USAHA KERAJAAN UNTK MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN YANG MENYATUPADUKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI NEGARA INI, SEMAKIN MEMPERLIHATKAN KESANNYA. PIMPINAN NEGARA MELAKSANAKAN PENDEKATAN YANG CUKUP BIJAKSANA DENGAN MEMBENTUK DASAR-DASAR KENEGARAAN SEPERTI DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN DASAR BAHASA KEBANGSAAN YANG MENYATUKAN RAKYAT MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA YANG SAMA.

16. LANGKAH ITU MEMBUKA RUANG YANG LEBIH BESAR KEPADA BAHASA MELAYU UNTUK BERKEMBANG SEBAGAI BAHASA ILMU. PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU TELAH MENCETUSKAN SATU FENOMENA BARU DALAM NEGARA. JIKA DAHULU BAHASA INGGERIS DIANGGAP SEBAGAI SATU-SATUNYA BAHASA YANG WAJIB DIKUASAI BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MENGUASAI SATU-SATU BIDANG ILMU, KINI BAHASA MELAYU PULA MESTI DIKUASAI, JIKA RAKYAT MALAYSIA MAHU MENGUASAI SATU-SATU BIDANG ILMU.

17. KITA TELAH MELAHIRKAN RATUSAN RIBU SISWAZAH YANG MENERIMA ILMU DALAM BAHASA MELAYU. RATUSAN TESIS SAMA ADA PERINGKAT SARJANA MAHUPUN KEDOKTORAN TELAH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU. TELAH LAHIR PELAJAR, TENAGA KERJA PROFESIONAL, PENDIDIK DAN PENYELIDIK YANG DAPAT MENGUNGKAP ILMU-ILMU DALAM BAHASA MELAYU. SEMUA INI TIDAK TERHAD KEPADA PELAJAR MELAYU SAHAJA, MALAH TELAH MELIBATKAN SEMUA KAUM DI NEGARA INI. INI MEMBUKTIKAN BAHASA MELAYU MAMPU MENJADI BAHASA ILMU.


18. PENERBITAN LEBIH BANYAK BUKU-BUKU AKADEMIK DALAM BAHASA MELAYU DALAM PELBAGAI LAPANGAN ILMU TEKNOLOGI, PERUBATAN, KEJURUTERAAN, UNDANG-UNDANG, EKONOMI, POLITIK, SOSIAL DAN PELBAGAI DISIPLIN ILMU LAIN, TELAH MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA YANG AMAT RELEVAN DALAM PROSES PERKEMBANGAN ILMU DI NEGARA INI.

19. SEMUA INI ADALAH MERCU TANDA PENTING DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN BANGSA MELAYU. KEDUDUKANNYA YANG AMAT KUKUH INI TETAP PERLU DIPELIHARA SUPAYA IA KEKAL MENJADI BAHASA PERANTARA UTAMA, SEKALI GUS MEMBERI MAKNA YANG BESAR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.

20. DALAM PADA ITU, KITA FAHAM BAHAWA PENGUASAAN ILMU AKAN MENJADI TERHALANG JIKA KITA MISKIN BAHASA. OLEH KERANA ITU, KITA PERLU MEMPELBAGAIKAN PENGUASAAN BAHASA UNTUK MENDAPATKAN ILMU DAN MENYALURKANNYA DALAM BAHASA MELAYU. KITA PERLU BELAJAR BAHASA ASING, BUKAN SEKADAR BAHASA INGGERIS, BUKAN KERANA IA BAHASA YANG LEBIH MAJU ATAU LEBIH BAIK BUDAYANYA, TETAPI UNTUK MENDAPATKAN ILMU DAN MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

21. BEGITU JUGA SEKARANG, KITA PERLU BELAJAR BAHASA MANDARIN KERANA NEGARA CHINA SEMAKIN PENTING PERANANNYA DI PENTAS EKONOMI DAN POLITIK SERANTAU, MALAH DUNIA. NAMUN, PENGGUNAAN BAHASA ASING INI ADALAH BERBENTUK SEMASA DAN MENGIKUT KEPERLUAN. KITA MEMPELAJARINYA UNTUK SATU TUJUAN KHUSUS, BUKAN UNTUK MENANDINGI BAHASA MELAYU, BAHASA KEBANGSAAN KITA.


(F) KITA MENGAKUI PERANAN BAHASA INGGERIS AMAT PENTING DALAM ABAD KE – 21 INI. BAHASA INGGERIS MERUPAKAN BAHASA ANTARABANGSA DAN BAHASA SAINS DAN TEKNOLOGI, TERUTAMA DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT. NAMUN UNTUK MENJADIKAN PARA PELAJAR KITA BENAR-BENAR DAPAT MENGUASAINYA, BAHASA INGGERIS MESTILAH DIAJAR DALAM KERANGKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ITU SENDIRI, BUKAN UNTUK MENGAJAR MATA PELAJARAN YANG LAIN.

22. PEMBELAJARAN BAHASA ASING BUKANNYA UNTUK MENGAMBIL ALIH PERANAN BAHASA KEBANGSAAN, SEHINGGALAH IA MENJADI SYARAT DALAM HAL TERTENTU TERMASUK DARI SEGI PENGAMBILAN KAKITANGAN SEPERTI DI SEKTOR SWASTA. PENGGUNAAN BAHASA ASING JUGA TIDAK BOLEH DIBENARKAN SEHINGGA MENGHAKIS ATAU MENYEKAT HAK BAHASA KEBANGSAAN, APATAH LAGI MENGAMBIL ALIH FUNGSINYA SERTA MERENDAHKAN MARTABATNYA.

23. MESKIPUN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU TELAH MENCAPAI KEJAYAAN YANG AGAK MEMBANGGAKAN SEJAK HAMPIR SETENGAH ABAD YANG LALU, NAMUN KITA TIDAK DAPAT NAFIKAN MASIH WUJUD HALANGAN DAN CABARAN DI HADAPAN KITA. SALAH SATU FAKTOR YANG AMAT MEMPENGARUHI KELANCARAN DAN KEBERHASILAN PELAKSANAAN DASAR BAHASA KEBANGSAAN, ADALAH SIKAP SEGELINTIR ANGGOTA MASYARAKAT KITA SENDIRI. KITA MENYEDARI MASIH ADA ANGGOTA MASYARAKAT YANG BELUM MEMILIKI KEPEDULIAN YANG TINGGI TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN. MASIH TERDAPAT SEGELINTIR ANGGOTA MASYARAKAT MELAYU SENDIRI, YANG SEAKAN-AKAN TIDAK YAKIN TERHADAP KEMAMPUAN DAN KEUPAYAAN BAHASA MELAYU.


24. SEBAGAI CONTOH KECIL TETAPI AMAT BESAR KESANNYA, PELBAGAI KESALAHAN BAHASA YANG TERPAMPANG DI PAPAN-PAPAN TANDA, MEMPERLIHATKAN SIKAP SESETENGAH ANGGOTA MASYARAKAT YANG SEOLAH-OLAHNYA, TIDAK BERASA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMELIHARA, MEMBINA, MENGEMBANG DAN MEMAJUKAN BAHASA KEBANGSAAN. JUSTERU, SAYA MENYERU KEPADA KEPEMIMPINAN MASYARAKAT DI PELBAGAI PERINGKAT, BAIK DI SEKTOR AWAM MAHUPUN SWASTA UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT TENTANG PERMASALAHAN INI.

25. SESUNGGUHNYA, BAHASA BERKEMBANG SELARAS DENGAN KEMAJUAN BANGSA BUKAN HANYA SOAL EJAAN, SOAL ISTILAH, SOAL TATABAHASA, TETAPI YANG PENTING IALAH BAHASA ADALAH SOAL BUDAYA, SOAL IDENTITI ATAU JATI DIRI DAN SOAL TAMADUN SESUATU BANGSA ITU.

26. SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA, SUKALAH SEKALI LAGI SAYA MENEGASKAN BAHAWA PERANAN GOLONGAN PENULIS TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKATNYA ADALAH AMAT BESAR. HASIL SASTERA YANG DICIPTA OLEH PENULIS WALAU DALAM BENTUK APA SEKALIPUN MESTILAH DENGAN TUJUAN UNTUK MEMBANGUN PERIBADI MANUSIA AGAR CINTAKAN KEINDAHAN, CINTAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN. APA LAGI RASA CINTA YANG HENDAK DIBANGUN ITU IALAH RASA CINTA TERHADAP BAHASA DAN KEBUDAYAANNYA. PERASAAN CINTA YANG SAYA SEBUTKAN ITU MUSTAHIL DAPAT DIJELMAKAN KALAU ANGGOTA MASYARAKAT KITA TERUTAMANYA GOLONGAN GENERASI MUDA TIDAK MENJADIKAN MEMBACA SEBAGAI AMALAN HIDUP TERMASUKLAH MEMBACA KARYA-KARYA SASTERA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU USAHA YAYASAN WARISAN JOHOR MENGANJURKAN SAYEMBARA PENULISAN NOVEL SEJARAH DAN TRADISI JOHOR DIHARAPKAN DAPAT MEMENUHI HASRAT INI IAITU PARA PEMBACA DAPAT MENIKMATI PERISTIWA SEJARAH YANG BERLAKU ZAMAN LAMPAU MELALUI NOVEL YANG MENYERONOKKAN.

27. SEHUBUNGAN DENGAN ITU JUGA SUKALAH SAYA MENYARANKAN AGAR YAYASAN WARISAN JOHOR MEMIKIRKAN SECARA SERIUS PENUBUHAN SEBUAH KAMPUNG BUKU ATAU TAMAN BUKU DI JOHOR BAHRU BAGI MEMBOLEHKAN ANGGOTA MASYARAKAT KITA TERUTAMANYA GOLONGAN GENERASI MUDA MENJADIKAN TAMAN INI BUKAN SAHAJA SEBAGAI TEMPAT BERREKREASI, BERBELANJA, BERSIAR-SIAR MENIIKMATI KEINDAHAN ALAM SEKITAR, TETAPI JUGA BOLEH MEMBACA BUKU-BUKU DALAM APA JUGA BIDANG DALAM APA JUA BAHASA YANG AKHIRNYA DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT BERILMU PENGETAHUAN, BERFIKIR SECARA KREATIF MALAH SEBUAH MASYARAKAT MADANI YANG MENGENALI TAMADUN BANGSANYA.

28. DENGAN KATA-KATA ITU DAN DENGAN LAFAZ BIMSILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM, SAYA DENGAN SUKACITANYA MELANCARKAN MAJLIS PENYAMPIAN HADIAH SASTERA DARUL TA’ZIM YANG KE-VI DENGAN RASMINYA.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH, WASSALAM MUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Yayasan Warisan Johor
15 Julai 2007



(D) KEBANYAKAN NEGARA YANG MERDEKA DAN BERDAULAT BIASANYA MEMPUNYAI DASAR BAHASANYA YANG TERSENDIRI. DASAR BAHASA INI AMAT PENTING PERANANNYA DALAM BIDANG PENGURUSAN NEGARA DAN MASYARAKATNYA DAN JUGA UNTUK KEPENTINGAN JATI DIRI BANGSA DAN NEGARA TERSEBUT. DASAR BAHASA INILAH YANG MENENTUKAN BAGAIMANAKAH PERMASALAHAN BAHASA DI NEGARA ITU DAPAT DITANGANI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. DASAR BAHASA DI MALAYSIA TELAH DIPUTUSKAN MELALUI ‘KONTRAK SOSIAL’ DI ANTARA MELAYU, CINA DAN INDIA SEBELUM KEMERDEKAAN DICAPAI PADA TAHUN 1957. DALAM PERUNDINGAN ITU BAHASA MELAYU TELAH DIPILIH SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI NEGARA. MALANGNYA KEPUTUSAN DAN KESEPAKATAN INI TIDAK DIRAKAM ATAU TERMAKTUB SECARA JELAS DALAM UNDANG-UNDANG DASAR BAHASA YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL 152 PERLEMBAGAAN DAN DALAM AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967. KEDUA-DUA DOKUMEN UNDANG-UNDANG ITU HANYA MENYEBUT BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU, TANPA MENYEBUT APAKAH TUJUANNYA.

(E) STATUS BAHASA KEBANGSAAN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN IALAH BAHASA YANG DIANGKAT MENJADI BAHASA UTAMA SEBUAH NEGARA YANG MERDEKA DAN BERDAULAT, DAN JUGA MENJADI BAHASA RASMI NEGARA YANG DIGUNAKAN DALAM PERHUBUNGAN RASMI, SEPERTI DALAM UCAPAN DAN SURAT-MENYURAT. DENGAN ADANYA BAHASA KEBANGSAAN SEKALIGUS BAHASA RASMI NEGARA KITA SENDIRI MEGAH SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT DAN BERMARUAH. DALAM KONTEKS INI BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA HARUS BERFUNGSI SEBAGAI ALAT PERPADUAN NEGARA, BUKAN HANYA SEBAGAI ALAT PERPADUAN BANGSA MELAYU.


BAHASA KEBANGSAAN MESTILAH DIJADIKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN ATAU INTEGRASI NEGARA. PERANANNYA BERSIFAT INSTRUMENTAL BUKAN IDEOLOGI ATAU NASIONALISTIK. IA BERPERANAN SEBAGAI PEMBENTUK JATI DIRI NEGARA BUKAN JATI DIRI BANGSA MELAYU SEMATA-MATA. UNTUK KEMAJUAN NEGARA DALAM BIDANG EKONOMI, PERUSAHAAN, SAINS DAN TEKNOLOGI. PERCAYALAH BAHASA INGGERIS TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMAINKAN PERANANNYA SECARA BERKESAN TERUTAMANYA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI, SEBAGAI ALAT INTEGRASI DAN PERPADUAN DAN SEBAGAI PEMBENTUK JATI DIRI MALAYSIA YANG UNGGUL DAN BERMARUAH. BILA KITA MENGATAKAN KITA AKAN MENJADI NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020 MENGIKUT ACUAN SENDIRI, APAKAH SEBENARNYA MAKNA YANG TERSIRAT DI SEBALIK UNGKAPAN INI. KITA MAHU MENJADI SATU BANGSA YANG MAJU TETAPI BERLANDASKAN BAHASA KEBANGSAAN YANG KITA GUNAKAN, ATAS DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DAN CARA HIDUP KITA YANG BENAR-BENAR MENGGAMBARKAN BAHAWA KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG BERTAMADUN DAN BANGGA MENJADI WARGA NEGARA MALAYSIA.


2 comments:

Hati Budi Orang Melayu said...

Salam. Saya amat tertarik akan teks ini. Bagaimanakah dapat saya memiliki teks ini? Dapatkah sdr. e-mel kepada saya di jamaliskandarbismail@gmail.com

Terima kasih.

Salam perkenalan.

Unknown said...

Teks yang dibacakan amat berbeza dengan si pembacanya... Bukankah kerajaan yang menggubal dasar bahasa melayu itu sendiri? Bukankah kerajaan yang memperkenalkan PPSMI? Bukankah kerajaan yang mengambil langkah berdegil mempertahankan PPSMI sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menyampaikan suara mereka melalui jalan demontsrasi? Mana bukti kejayaan bahasa melayu pada setengah abad ni? Buku2 kejuruteraan diterjemahkan dalam bahasa melayu? Saya adalah pelajar jurusan kejuruteraan. Sepanjang tempoh pembelajaran ini, saya tidak pernah melihat buku kejuruteraan dalam bahasa melayu. Kesian dekat kami orang melayu yang sering ditipu oleh bangsa sendiri...